Selasa, 13 Januari 2009

SEJARAH PENJAJAHAN KUASA BARAT

Penjajahan,perluasankuasa,peperangan adalah tema yang sering melakarkan sejarah peradaban manusia sejak zaman berzaman.Keinginan untuk berkuasa ,menyebarkan agama,mengukuhkan dan menguasai pihak lain yang dilihat sebagai lemah.

Negara-negara barat telah melakukan penjajahan dan penerokaan pada abad ke 13 dan 14M,setelah berlakunya persaingan yang sengit dengan kuasa Islam yang telah membina peradaban dunia sebelumnya.Persaingan ini juga melibatkan perebutan Baitulmaqdis di Palestin yang didakwa tempat suci oleh kedua pihak.Perang merebut tempat suci inilah yang dinamakan Perang Salib yang telah menelan korban diantara kedua belah pihak.Secara umumnya perang salib telah membuka peluang kepada penduduk Eropah mengenal islam dan dunia Islam yang telah mempunyai pengetahuan Georgrafi orang Eropah telah bertambah luas serta mengeluarkan mereka daripada keterpurukan berfikir.Perang Salib telah menemukan Barat dan Timur serta menambah hubungan perdagangan di antara kedua-dua pihak.bandar dan kotaraya yang dikuasai pejuang-pejuang Perang Salib di Asia Kecil menjadi punca jalan pengankutan penting antara Timur dan pelabuhan-pelaburan di ItaliVenice menjadi pusat perdagangan dan Emporium untuk barang-barang seperti baldu,kain muslin,kain kasa,linen yang berbunga-bunga dan kraftangan Timur.Melalui Bandar-bandar Itali,kawasan-kawasan lain di Eropah mendapat faedah lansung daripada perdagangan dengan Negara kristian di Syria.dengan membawa pelawat dan tentera salib berulang alik dari Jerussalam,perdagangan dengan Timur Tengah telah bertambah pesat

Penjajahan kuasa Barat secara besar besaran hanya bermula pada abad ke 15 dan 16M.Kuasa seperti Negara-negara kristian Sepanyol,England,dan Perancis memulakan penerokaan ke dunia baru dan menguasai beberapa kawasan penting di Asia,Afrika,dan Amerika.Raja-raja di Negara barat ini yang muncul akibat pemetaan baru iaitu Negara bangsa telah meransang semangat untuk menjajah dan meneroka peluang kerana itulah caranya untuk memenuhi kantung Negara sekaligus memewahkan istana dengan barang-barang dari dunia Timur.Penjajahan dan perluasankuasa Barat pada abad ke 14 dan 15 juga berkait rapat dengan keperluan ekonomi seperti untuk mendapatkan rempah ratus

Pedagang Eropah mulai teruja untuk melakukan pelayaran yang berorientasikan ekonomi,juga berpunca kerana harga mahal yang diawarkan oleh pedagang islam kepada mereka.Mereka berhasrat untuk terus sampai kepada bahan mentah bumi Timur dengan bertemakan GOD,GOLD,GLORY

Tiada ulasan: