Sesungguh Abdullah bin Ummu Maktum r.a,seorang sahabat yang buta.Allah menceritakan perihalnya di dalam surah عبس.Pada suatu hari beliau bertemu Rasullah saw,selepas ditinggalkan oleh pembantunya untuk solat subuh di masjid, bertujuan meminta izin daripada Rasululah supaya tidak menghadirkan diri solat berjamaah subuh.Lalu Rasulullah terus menyoal beliau:
Rasulullah:adakah kamu mendengar azan?
Abdullah ummu maktum(a.u.m):ya
Rasulullah:aku tidak izinkan
Pada subuh keesokan harinya,Beliau meneruskan perjalanan ke masjid setelah mendapat nasihat daripada Rasulullah,namun dpiertengahan jalan,beliau terlanggar batu dan terus rebah,menitis darah dari mukanya.Beliau bangun menyapunya dan menyambung kembali perjalanan.Tiba2 datang seorang lelaki yang tidak dikenali bertanya
lelaki:kamu mahu ke mana wahai saudara?
a.u.m:masjid
lelaki:hamba tolong hantarkan saudara(sambil memegang tangan Abdullah Ummu Maktum)
Lelaki tersebut terus menghulurkan bantuan kepada Abdullah Ummu Maktum beberapa hari selepas itu.Beliau sangat gembira dengan bantuan ini sehingga timbul perasaan ingin tahu dihatinya.
a.u.m:saudara ni sapa?apa nama saudara?
lelaki:kenapa saudara mahu tahu nama saya?
a.u.m:aku mahu berdoa kepada Allah Agar Allah mengurniakan pahala kepadamu diatas bantuan yang kamu hulurkan ini.
lelaki:aku tak mahu saudara berdoa terhadapku.janganlah bertanya aku ni siapa dan apa namaku.
a.u.m:Wallahi,aku takkan bersahabat denganmu sehingga aku dapat tahu siapa kamu dan apa nama mu!
lelaki:baiklah,oleh kerana saudara bersungguh mengetahuiku sehingga saudara bersumpa,aku akan khabarkan....bahawa aku adalah iblis
a.u.m:kenapa kamu menghantar aku ke masjid tiap2 pagi sedangkan kamu mencegah manusia daripada mennaikan solat?
lelaki(iblis):saudara ingat tak?ketika saudara pergi ke masjd,saudara terlanggar batu dan jatuh terus berdarah?
a.u.m:ya
lelaki(iblis)Sesungguhnya aku telah mendengar malaikat pada ketika itu,bahawa Allah telah mengampunkan separuh dosa saudara lantaran daripada kemalangan yang telah menimpa saudara.,maka aku sangat bimbang Allah akan mengampunkan separuh lagi.Oleh sebab itulah aku sentiasa memimpin kamu tiap2 pagi ke masjid............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan