Sabtu, 8 Ogos 2009
BENARKAN ISLAM????....MARILAH KEMBALI KEPADA ISLAM SEBENAR...
Para pembaca yang dihormati sekelian,saya suka menyatakan bahawa wabak yang merebak pada hari hari in i adalah balasan awal Allah taala kepada pemerintah yang tidak melaksanakan islam dan hukuman Allah kepada rakyat yang bodoh ,penyokong pemerintah yang tidak mahu melaksanakan islam.Tidak kurang juga sebagai penambah pahala kepada pejuang-pejuang islam.Kenapa?tuan-tuan sekelian,situasi yang berlaku sekarang merupakan satu peluang kepada pejuang-pejuang islam untuk menyedarkan masyarakat yang tidak faham islam supaya kembali kepada islam.Berbuktikan wabak yang sedang menular ini,mereka akan lbh berkerja keras menerangkan dan menyakinkan manusia terhadap islam.Sudah tentu usaha,penat lelah,masa yang diluangkan ini akan diberi ganjaran oleh Allah taala.
Persoalan yang biasakita dengar,susahlah kalau islam memerintah,lingkuplah Malaysia,Pas akan lelong Malaysia jika menang,berlaku peranglah kalau Islam perintah.Ini adalah contoh ayat-ayat yang keluar dari bibir samaada orang kafir atau mereka yang lemah iman.Takutnya terhadap islam.Kenapa jadi macam ni,kenapa begini?????fobia sangatkah kalau islam perintah?Tuan-tuan sekelian,kenapa perlu kepada islam?Allah taala menyebut:ولا ينفقون نفقة صغيرة ولا كبيرة ولا يقطعون واديا الا كتب لهم .........surah attaubah ayat 121
Perbahasan yang saya ingin bawakan ada sekitar kenapa kita perlu islam?dan kenapa kita perlu seru kepada manusia dan diri kita kepada islam?Kita mesti mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya seterusnya memimpin mereka kearah jalan yang betul dan istiqamah.Ya,hari ini manusia masih gelap dan buntu terhadap masalah wabak H1N1.Banyak pusat pengajian ditutup sementara waktu,Menteri kesihatan menyeru orang ramai supaya berhati-hati,sejauh manakah kita mampu menjaganya selagi kita tidak menurusi Al-Quran sebagai jalan penyelesaian?.Bingung manusia mencari jalan penyelesaian atau sengaja manusia mendera diri mereka untuk menjadi bingung?fahamlah betul-betul wahai manusia.Seterusnya seruan kepada diri sendiri juga diperlukan agar dapat dibebaskan dari azab Allah taala.
bersambung............
KEAMPUNAN HANYA MILIKMU YA ALLAH....HAMBAMU HANYA MAMPU BERDOA....
Sabtu, 16 Mei 2009
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Dato’ Ahmad Said daripada jawatan menteri besar.
|
Last Updated on Sunday, 17 May 2009 04:44 |
Khamis, 19 Februari 2009
ILMAM
IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)
IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.
Isnin, 2 Februari 2009
ISLAM YANG KITA SERU(siri kedua)
Islam yang kita anuti dan seru ini,adalah islam yang sentiasa memperbaharui kefahaman dan ijtihad berdasarkan perubahan zaman,tidak mengajar penganutnya jumud,taasub kepada mana2 mazhab bahkan islam mengajar kepada kita bersifat terbuka tetapi ada asas dan panduannya.Begitulah juga islam yang kita seru tidak melalui proses kekurangan,kerana firman Allah taala yang bermaksud menerusi surah Al-maidah ayat 30'sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurna kepadamu agamamu.....'.Persolan yang perlu difahami,ilmu usul fiqh bukannya bererti islam mengalami kekurangan dan penambahan,bahkan ianya membuktikan islam berjaya diamalkan pada setiap zaman.Allah taala telah mendedah bahawa di sana terdapat agama2 ataupun puak2 yang menokok tambah didalam akidah dan ajaran mereka,seperti kisah Aadi bin Hatimm,tatkala firman Allah taala di dalam surah attaubah ayt 31'mereka mengangkat pemimpin dan pendita2 mereka menjdi tuhan selain daripada Allah'..lalu beliau berkata kepada Rasulullah,sesungguhnya kami tidak menyembah mereka,lalu jawab Rasulullah,adakah apabila mereka menghalalkan kepada kamu perkara yang haram kamu menghalalkannya?dan apabila mereka mengharamkan perkara yang halal,kamu mengharamkannya?jawab Adii'bahkan,lalu Rasulullah bersabda,itulah ibadat kepada mereka!
Di dalam islam,sesorang itu tidak dibenarkan menisbah dan menyambil serta mengangkat seseorang mengatasi Allah swt,samada meng'ia'kan apa yang dihendaki oleh pemimpin walaupun bercanggah dengan ajaran islam atau membesar2kan pendita2 kafir.
bersambung.........
Sabtu, 31 Januari 2009
ISLAM YANG KITA SERU(siri pertama)
SIAPA DR YOSUF AL-QARADAWI DI ARENA DAKWAH HARI INI?
boleh rujuk cita2 beliau di:
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
Kumulakan dengan lafaz syukur alhamdulillah,segala puji2an bagi Allah,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SWT,para sahabat,tabiin,tabi tabiin.Setelah menduduki imtihan hampir 3 minggu,alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk menyampaikan islam menerusi alam siber ini.Insyaallah pada kali ini,ana cuba kupaskan sedikit isi kandungan ucapan DR YUsof Qaradawi semasa di Doha,dan dibukukan dengan tajuk ISLAM ALLAZI NAD'U ILAIH,membicarakan tentang Islam yang perlu kita fahami dan anuti dan seterusnya mengajak orang lain beramal terhadapnya.Dengan kudrat yang tak seberapa ini,ana memohon kudrat illahi bersama membantu demi mencapai matlamat yang sebenarnya.
Sebenarnya ada orang bertanya ana,kenapa ustaz ni kuat sangat PAS?ada juga bertanya hanya islam pada PAS saja ke?Tak kurang juga ada suara-suara yang menyebut,Pas cuba mem"PAS"kan mahasiswa Azhar,betul ker?ana katakan mudah jer,soalan-soalan semacam bodoh jer bunyi.Nak tahu islam tu ada pada siapa,cubalah hadamkan kitab yang ringkas jer,ISLAM Allazi NAD"U ILAIH,kecil jer kitab tu,karangan DR YQ.Kitab AL_UBUDIAH,karangan Syeihk Islam Ibnu Taimiyyah,kitab AADIN WASIASAH.Tak perlu ana jawab.
Seterusnya mereka juga berkata"kami tidak mahukan islam,kita tidak boleh beramal islam,hudud tak maju......kita kene ambil model BARAT,rujukan kita BARAT....'seterusnya langkah demi langkah terus dihalakan ke arah BARAT.Tak lekang juga bibir mereka melafazkan kalimah,kamu menyeru kami ke arah islam,tetapi islam apa yang kamu seru?sesungguhnya islam itu banyak......inilah suara2 sumbang yang di'ajuk' dari mulut BARAT yang mengatakan islam itu banyak,islam Asia,islam arab,islam usman dll.inilah kejahilan mereka.kalau di tanah air kita ada juga suara2 "HUDUD PAS"......sebenarnya mereka tidak faham islam atau buat2 tak faham kerana ikut telunjuk oerientalis
Apa jawapan kita?Sesungguhnya islam yang kita seru,tidak terikat dengan sesebuah negara(tidak dipanggil islam Malaysia),tidak terikat dengan individu,masa dan mazhab,tetapi islam yang kita adalah islam yang dibawa oleh Quran dan sunnah.Jika kita membuka Quran,hadis2,kitab-kitab muktabar..kita akan tahu siapakah yang memperjuangkan islam yang sebenar dan islam apa yang kita seru...
Isnin, 19 Januari 2009
Khianat, mungkir janji perilaku Yahudi
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Bani Israel terkenal dengan sifat kufur walaupun dianugerah limpahan nikmat
KISAH jatuh dan bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian al-Quran al-Karim sebagai satu unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Lebih menarik, ada juga kisah itu di ulang pada beberapa surah. Ia sebagai memperkuat dan melengkapkan lagi unsur pengajaran supaya diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan yang serba mencabar ini.
Kisah kaum Saba’, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan sebagainya adalah antara cebisan nostalgia silam yang mengungkapkan rahsia tersendiri dan hanya dapat difahami oleh Muslim yang berfikir.
Satu lagi kisah perlu diberi perhatian dan menjadi bahan renungan umat Islam dewasa ini ialah kisah kaum Yahudi Bani Israel banyak dirakamkan Allah dalam al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat.
Perkataan Israel yang pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Jadi Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub. Tetapi sekarang Bani Israel lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis.
Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan limpahan nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain.
Antaranya diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka serta diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan tenteranya. Mereka juga dilindungi awan ketika berjalan di bawah terikan mentari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu manna dan salwa serta dua belas mata air. Banyak lagi nikmat Ilahi kepada bangsa ini yang tiada terhitung.
Semua nikmat itu Allah rakamkan di dalam al-Quran seperti firman-Nya bermaksud: “Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu berasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)
Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah limpahkan kepada bangsa Yahudi, namun mereka berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong, takbur, bongkak serta mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama. Bahkan, mereka tergamak membunuh da’i dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru mereka ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan yang tidak benar serta membunuh orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ali Imran, ayat 21)
Demikianlah pula peri laku kaum Yahudi pada zaman Rasulullah SAW yang hampir relatif sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Baginda dan sahabatnya.
Mereka berusaha dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahupun sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama Islam dan kembali menjadi kufur semula seperti mereka.
Peri laku jahat kaum Yahudi ini, Allah rakamkan dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam seperti firman-Nya bermaksud: “Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” (Surah al-Baqarah, ayat 109)
Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang termeterai di antara mereka dengan Rasulullah SAW dikhianati.
Justeru, tidak menghairankan jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka terdahulu. Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan bongkak tidak mahu tunduk kepada resolusi perdamaian Timur Tengah yang diputuskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB ).
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat .
Oleh itu, mereka adalah golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Maka, tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan atau perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka. Bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka.
Bagi umat Islam pula, mereka sewajibnya menyokong perjuangan umat Islam Palestin dengan sumbangan material, jiwa raga dan doa pengharapan kepada Allah supaya kemenangan akan berpihak kepada umat Islam.
Dalam mendepani arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, kita sebagai umat Islam janganlah asyik leka dengan buaian kemajuan dan pembangunan fizikal. Sebaliknya, kita sewajibnya mempersiapkan diri dengan pembangunan insan supaya tersemat mantap iman dan akhlak dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Jangan pula dicontohi perangai jelek kaum Yahudi yang menyombong diri dan mengkhianati perjanjian kerana padahnya kelak amat buruk. Sejarah silam perlu menjadi tatapan wajib sebagai iktibar dan pengajaran berguna pada kemudian hari.
Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: “Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.” Pepatah orang tua ada berkata: ‘Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.’