Sabtu, 31 Januari 2009

ISLAM YANG KITA SERU(siri pertama)



SIAPA DR YOSUF AL-QARADAWI DI ARENA DAKWAH HARI INI?
boleh rujuk cita2 beliau di:
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Kumulakan dengan lafaz syukur alhamdulillah,segala puji2an bagi Allah,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SWT,para sahabat,tabiin,tabi tabiin.Setelah menduduki imtihan hampir 3 minggu,alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk menyampaikan islam menerusi alam siber ini.Insyaallah pada kali ini,ana cuba kupaskan sedikit isi kandungan ucapan DR YUsof Qaradawi semasa di Doha,dan dibukukan dengan tajuk ISLAM ALLAZI NAD'U ILAIH,membicarakan tentang Islam yang perlu kita fahami dan anuti dan seterusnya mengajak orang lain beramal terhadapnya.Dengan kudrat yang tak seberapa ini,ana memohon kudrat illahi bersama membantu demi mencapai matlamat yang sebenarnya.
Sebenarnya ada orang bertanya ana,kenapa ustaz ni kuat sangat PAS?ada juga bertanya hanya islam pada PAS saja ke?Tak kurang juga ada suara-suara yang menyebut,Pas cuba mem"PAS"kan mahasiswa Azhar,betul ker?ana katakan mudah jer,soalan-soalan semacam bodoh jer bunyi.Nak tahu islam tu ada pada siapa,cubalah hadamkan kitab yang ringkas jer,ISLAM Allazi NAD"U ILAIH,kecil jer kitab tu,karangan DR YQ.Kitab AL_UBUDIAH,karangan Syeihk Islam Ibnu Taimiyyah,kitab AADIN WASIASAH.Tak perlu ana jawab.
Berhubung islam yang dikehendaki oleh golongan oreintalis Barat,adalah supaya islam dapat dihapuskan secara keseluruhannya,mereka mahu umat islam hanya pada nama,tetapi mereka tidak redha islam diamalkan.Namun jika islam tetap wujud,ianya hanya boleh diamalkan didalam diri individu sahaja,menjaga hubungan individu dengan Allah sahaja,maka terbentuklah golongan yang hanya beramal islam dipekung dada mereka sahaja.Jika mengjangaku lebih daripada itupun,hanya berulang alik ke masjid,sehinggalah masjid dikuasai oleh golongan pemerintah.Syarahan-syarahan,ucapan-ucapan hanya mengikut telunjuk pemerintah,maka terbentulah islam kerajaan,bukannya islam yang sebenar,masih dikongkong.Golongan pemerintah ini adalah mereka yang telah ditarbiyyah oleh penjajah dan menjadi boneka mereka bagi merialisasikan hasrat asal .
Seterusnya mereka juga berkata"kami tidak mahukan islam,kita tidak boleh beramal islam,hudud tak maju......kita kene ambil model BARAT,rujukan kita BARAT....'seterusnya langkah demi langkah terus dihalakan ke arah BARAT.Tak lekang juga bibir mereka melafazkan kalimah,kamu menyeru kami ke arah islam,tetapi islam apa yang kamu seru?sesungguhnya islam itu banyak......inilah suara2 sumbang yang di'ajuk' dari mulut BARAT yang mengatakan islam itu banyak,islam Asia,islam arab,islam usman dll.inilah kejahilan mereka.kalau di tanah air kita ada juga suara2 "HUDUD PAS"......sebenarnya mereka tidak faham islam atau buat2 tak faham kerana ikut telunjuk oerientalis
Apa jawapan kita?Sesungguhnya islam yang kita seru,tidak terikat dengan sesebuah negara(tidak dipanggil islam Malaysia),tidak terikat dengan individu,masa dan mazhab,tetapi islam yang kita adalah islam yang dibawa oleh Quran dan sunnah.Jika kita membuka Quran,hadis2,kitab-kitab muktabar..kita akan tahu siapakah yang memperjuangkan islam yang sebenar dan islam apa yang kita seru...


Tiada ulasan: