Khamis, 19 Februari 2009

ILMAM

Kenyataan Media

IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)


IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.

Difahamkan program tersebut membincangkan beberapa isu yang berkaitan Agama Islam yang sepatunya diberikan kepada pakar-pakar tertentu yang berkelayakkan sahaja. Antara isu tersebut ialah Isu Faraid, Poligami, Kesamarataan antara Gender dalam Islam dan lain-lain.

Pengerusi ILMAM, Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli menegaskan, SIS tidak layak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan program tersebut kerana mereka tidak mempunyai asas dan pengatahuan yang kukuh berkenaan isu-isu tersebut dan dibimbangi akan menyebabkan salah tafsir dan keraguan pada agama Islam itu sendiri.

Ditambah lagi, ahli ahli panel dalam program tersebut merupakan antara tokoh-tokoh yang amat diragui hujah dan pendapat mereka seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Beliau juga mempersoalkan kenapa program yang diberik nama MUSAWAH itu diluluskan oleh kerajaan bahkan dirasmikan pula oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Selain itu kandungan perbincangan mereka berkaitan Perkara Moral yang tidak boleh diperundangkan dan Perkara Dosa-Dosa peribadi bukanlah satu jenayah amat-amat mengelirukan masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Saya berharap pihak JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi perlu sedar dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam Liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia dari terus merebak kepada masyarakat kita Malaysia ini.

Sekian

Presiden ILMAM

Isnin, 2 Februari 2009

ISLAM YANG KITA SERU(siri kedua)

Sahabat-sahabat sekalian,para mujahid...ketahuilah sesungguhnya islam itu syumul,terang,bak terangnya mentari menyinari alam.Sumber rujukannya jelas,Al-quran dan Al-sunnah.Di sana terdapatnya perkara2 yang qat'ii(tetap diputuskan oleh Allah)dan ada yang Zonniah.Perkara2 yang qat'i ada seperti kesatuan umat dalam ubudiah kepada Allah,perkara akidah,akhlak dan adab.Manakala perkara yang zonniah merujuk kepada usul fiqh yang memerlukan kecerdikan manusia bagi menentukan hukum berdasarkan al-quran dan sunnah di atas sesuatu perkara yang berlaku di zamannya.Inilah islam yang kita seru,merangkumi asas-asas yang kukuh dan panduan yang jelas,menusuri zaman berlandaskan manhaj yang telah ditetapkan tetapi tetap sesuai mengikut perkembangan zaman.Sungguh manis islam yang kita seru,tidak seperti agama2 lain yang kadang2 diselewengkan oleh pendita2 mereka lantas menyesatkan penganutnya sendiri.Islam tidak begitu!.
Islam yang kita anuti dan seru ini,adalah islam yang sentiasa memperbaharui kefahaman dan ijtihad berdasarkan perubahan zaman,tidak mengajar penganutnya jumud,taasub kepada mana2 mazhab bahkan islam mengajar kepada kita bersifat terbuka tetapi ada asas dan panduannya.Begitulah juga islam yang kita seru tidak melalui proses kekurangan,kerana firman Allah taala yang bermaksud menerusi surah Al-maidah ayat 30'sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurna kepadamu agamamu.....'.Persolan yang perlu difahami,ilmu usul fiqh bukannya bererti islam mengalami kekurangan dan penambahan,bahkan ianya membuktikan islam berjaya diamalkan pada setiap zaman.Allah taala telah mendedah bahawa di sana terdapat agama2 ataupun puak2 yang menokok tambah didalam akidah dan ajaran mereka,seperti kisah Aadi bin Hatimm,tatkala firman Allah taala di dalam surah attaubah ayt 31'mereka mengangkat pemimpin dan pendita2 mereka menjdi tuhan selain daripada Allah'..lalu beliau berkata kepada Rasulullah,sesungguhnya kami tidak menyembah mereka,lalu jawab Rasulullah,adakah apabila mereka menghalalkan kepada kamu perkara yang haram kamu menghalalkannya?dan apabila mereka mengharamkan perkara yang halal,kamu mengharamkannya?jawab Adii'bahkan,lalu Rasulullah bersabda,itulah ibadat kepada mereka!
Di dalam islam,sesorang itu tidak dibenarkan menisbah dan menyambil serta mengangkat seseorang mengatasi Allah swt,samada meng'ia'kan apa yang dihendaki oleh pemimpin walaupun bercanggah dengan ajaran islam atau membesar2kan pendita2 kafir.

bersambung.........