Rabu, 29 Oktober 2008

Allahummaj al na imam soodiqo(gambar semasa tahnik)

allahhummaj al'hu imaman soodiqo,warzukhu fahman sahihan
tuan guru sedang memasukkan kurma ke dalam mulut saya
ayah chik sedang mengambil kurma
ni kawan saya....

Negera demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.

Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.

Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.

Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.

"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?

"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.

Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.

"Pelajar tidak disekat untuk menjalankan kajian berkaitan politik dalam negara. Selain itu pelajar berpeluang mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus.

"Jadi sekiranya ada pihak yang menyatakan pelajar kita tidak dibenarkan berpolitik itu adalah tidak benar sama sekali sedangkan kita masih mengamalkan politik dalam pilihan raya kampus," demikian ujarnya.

Ustaz Hadi dalam soalan asalnya kepada KPT meminta penjelasan mengenai aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Auku dan rasional bersabit pindaan tersebut.
Last Updated ( Wednesday, 22 October 2008 )

Isnin, 27 Oktober 2008

MAHASISWA PERLU BERANI DAN MESTI BEBAS

bismillahirrahmaanirrahim..
salam perjuangan,salam ukhuwwah..

Kebanjiran pelajar-pelajar ke bumi Anbia'(Mesir)pada hari ini khususnya pelajar perubatan merupakan satu peluang yang amat baik kerana di bumi ini terserlah ramainya ulama.Inilah peluang keemasan yang menanti sejak sekian lama.Peluang menggabungkan ilmu duniawi dan ukhrawi menjadikan seseorang insan menambahkan lagi keyakinan kepada Allah swt.Namun jika peluang ini tidak direbut,maka nasibnya lebih kurang sahaja seperti pelajar-pelajar di tempat lain yang tidak terdapat peluang seperti ini.Mesej islam,iman dan ihsan mesti disampaiakan kepada masyarakat bila kita pulang nanti.Masyarakat khususnya masyarakat kampung mereka tidak bertanya anda datang belajar apa?tetapi mereka mengukur setiap yang datang ke bumi anbia',pulang ke tanahair dapat membimbing dan mendidik mereka.
Namun sedikit rasa sedih apabila ana mendengar keluhan beberapa individu terhadap pelajar yang datang,kami tak nak masuk PMRAM,sebab persatuan haram,kami tak nak masuklah persatuan,kami datang nak belajar saja,....bla...bla....bla....tapi kadang2 apabila kita perhatikan akhirnya masuk juga persatuan lain(ulul albab dll).Oh sebenarnya ada golongan yang merubah dan membentuk pemikiran mereka.Inilah sebenarnya yang berlaku jika kita tidak mempunyai pendirian yang tegas dan kefahaman yang jelas terhadap islam.Kita mesti ingat,belajar bukan mendapat kerja!belajar demi islam adalah matlamatnya redha Allah.Apabila kita memahami tujuan belajar,maka kita merasakan diri kita sama seperti orang lain.Tidak sombong,semangat bersatu dan berkongsi kemahiran demi survival islam.
Mahasiswa islam sepatutnya mempunyai prinsip yang jelas,tidak mudah terikut2 golongan tertentu sahaja tanpa mendengar penjelasan pihak lain dan seterusnya membuat penilaian berdasarkan ilmu dan ajaran islam.Walau pahit sekalipun itulah jalan yang yang benar!Namun hari ini pelajar2 dikongkong oleh pegawai yang bertugas,mereka dilayan seperti kanak-kanak sekolah.Takut untuk bersuara,kadang-kadang terpaksa mengikut kehendak seseorang tanpa menilai terlebih dahulu.Inilah sindrom yang telah melanda sebahagian mahasiswa hari in(TAKUT)i.Kita mesti ingat kita MAHASISWA.Kita khususnya mahasiswa yang berada di bumi mesir ini seharusnya mengikut model yang telah ditunjukkan oleh pejuang-pejuang yang sanggup mati demi islam,seperti imam Hassan Al-Banna,Syed Qutb,Zainab Qutb dan ramai lagi.
Dasar perjuangan Mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai islam.Mahasisiwa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mendampingkan keilmuan mereka dengan iman,islam dan ihsan.Maka perlu konsisten memperjuangan islam serta mendokong kepimpinan islam yang menyanjung para nabi dan alim ulama'.Firman Allah swt:

يا أيها الذين امنوا لا تخون الله والرسول وتخونوا اماناتكم وأنتم تعلمون
wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu,padahal kamu mengetahuinya

Seterusnya gerakan Mahasiswa juga mempunyai mempunyai strategi bertindak yang rapi dan teratur.Tanpa strategi yang sesuai dengan Fiqh Muwazanat serta Fiqh Aulawiyat maka oragnisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan.Sebagai contoh,Kelab Ulul Albab Mesir hari,ana tidak nampak satu organisasi yang dinamik dan teratur.Perlantikan presiden pun entah bila,tiba-tiba ana dengar ada seorang pelajar perubatan dari Mansurah.Ini pun diketahui setelah kedatangan MB ke Mesir baru-baru ini.Dengar cerita dapat geran tahunan(zakat).Ini satu persoalan................pihak MAIDAM sepatutnya mengkaji terlebih dahulu penubuhan kelab ini berbanding yang sedia ada iaiti KPT yang telah banyak berjasa kepada kerajaan sendiri dan juga kepada Anank-anak Terengganu di Mesir.Ulul Albab secara peribadi ana masih belum melihat kebajikan yang dihulurkan dan tidak mencapai matlamtat penubuhan.Sekali lagi ana lontarkan layak kah MAIDAM hulurkan zakat kepada KELAB ini yang tidak memberi apa-apa sumbangan dan jasa kepada anak-anak Terengganu di Mesir?

Sebagai kesimpulan,dalam menongkah arus yang begitu cepat pada waktu ini,mahasiswa perlu sedar peranan sebenar dan hak-hak mereka supaya islam dapat dilaksanakn secara syumul.Keselarasan perlu diwujudkan bagi membina kekuatan mahasiswa dan islam itu sendiri.Oleh itu keselarasan perlulah merangkumi kesedaran tentang

1.Islam ialah satu manhaj yang sepatutnya menjadi dasar perjuangan sesuah organisasi
2.Kesempurnaan islam dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat
3.Keperluan bergerak dalam rangka pemikiran yang selaras,searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan Fiqh prioritis syara' yang mu'tabar.
4.kemestian menolak aspek2 salbiah(negatif),tawakal yang tidak bertempat,faham sekular dalam amalan dan pemikiran
5.Kemestian mengasakan ilmu di atas dasar integrated(bersepadu),sempurna dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah.
6.Mesti mempunyai pemimpin yang bersifat pewaris para nabi
7.Peningkatan sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat
8.Kepentingan meningkatkan nilai-nilai akhlak dalam konteks pergerakan.
9.Tidak rasuah dan ugutan untuk tidak terlibat pihak lawan
10.Kaedah pergerakan adalah misi dakwah dan penerangan islam yang syumul


Sabtu, 25 Oktober 2008

kekuatan kita dan .penyakit musuh waktu sekarang


Kita ada 3 kekuatan. Mari kita mengenalinya:

1) Kekuatan akidah Islamiyah.

Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah kehidupan dan tindakan manusia.

Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.

Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.

Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.

Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia - sia dan sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah mempertahankan kebatilan dan bayang - bayang.

Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.

Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.

Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.

PAS yang kita intima’ , wala’ dan dukunginya adalah panji akidah Islam yang benar. Ia membenarkan dan menerima perselisihan yang dibenarkan di dalam akidah yang dianuti Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. PAS menolak apa yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru PAS menolak akidah sekular, kebangsaan, kenegaraan, liberal dan apa - apa ideologi politik yang telah lama atau sedang tumbuh di negara kita. PAS juga menolak akidah sesat yang dipelopori ajaran sesat samada yang lama atau baru, melampau atau terlalu meringankan.

Oleh kerana ajaran Syiah ditolak ajarannya oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah dek pertentangannya dalam perkara - perkara asas akidah, maka PAS menolak mazhab Syiah untuk turut dianuti ahli dan pendukungnya selain menyeru umat Islam menjauhinya.

Dengan akidah yang benar, maka kekuatan kita adalah benar, betul dan abadi. Dengannya kita menjadi mulia dan diredhai Allah.

2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.

Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan berdasarkan ikatan - ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.

Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar - kacir.

Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.

Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:

Pertama, ia tidak dibatasi ikatan - ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.

Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan.

Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.

Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.

Justeru lahirlah sifat - sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, ta’awun, hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain - lain lagi. Juga hilanglah sifat - sifat buruk yang mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain - lain lagi.

Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah.

Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut ditanggung oleh semua anggota yang lain.

Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara - perkara yang memungkinkan kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab - sebab yang kecil atau tidak benar. Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan yang dimurkai Allah.

PAS yang kita intima’, wala’ dan dukunginya adalah panji persaudaraan Islam. Ia gagah dan hebat dengan ukhuwwah Islamiyah ahlinya sebagaimana ia gagah seawalnya dengan akidah Islamiyah yang sahih dan benar. PAS menolak kesatuan yang diasaskan di atas unsur - unsur perkauman, kenegerian, kepentingan dan faham - faham sempit yang lain. PAS terus di hadapan menyeru kepada kesatuan manusia yang benar dan sejati untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

3) Kekuatan jihad Islami

Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.

Jihad adalah bersungguh - sungguh menuju Allah. Bersungguh - sungguh dengan segala kudrat tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.

Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:

1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.

2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata - mata.

Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan kekuatan inilah lahirnya peribadi - peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.

Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan, maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.

Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah. Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap kekuatan Islam untuk menguasai dunia.

Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan peradabannya.

Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan kemenangan.

Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri - ciri pejuang Islam yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.

PAS yang kita intima’, wala’ dan dukunginya adalah panji al jihad al islami. Ia menanam dan melatih pendukungnya untuk berusaha memenuhi tuntutan jihad. PAS menolak unsur - unsur yang merosakkan cita - cita dan wawasan al jihad seperti malas berkerja, tidak istiqamah, bermusim, mengintai dan berebut jawatan dalam parti dan lain - lain yang merencatkan kelangsungannya.

Hanya dengan al jihad Islam dan PAS akan menang dan berjaya menguasai negara ini.

Inilah 3 kekuatan kita. Inilah sumber kita dan inilah kita.

Sesudah anda memahami ini, anda akan lebih mudah untuk memahami tuntutan - tuntutan yang perlu kita laksanakan sebelum kita boleh senyum dan mendabik dada bahawa kita telah melaksanakan kewajiban di sisi Allah.

Anda tidak dapat tidak selain membina akidah dengan betul. Jika tidak ia adalah kekuatan yang sementara dan sia - sia. Anda mestilah berusaha menyatukan saf pejuang Islam dan jangan menjadi punca atau batu api yang memecahkan kesatuan jamaah dan perjuangan Islam. Jika tidak ia akan melemahkan kekuatan Islam dan menghilangkan kehebatannya di sisi musuh. Anda mestilah pula menjadi mujahid agama ini dalam bidang yang dimudahkan Allah untuk anda. Jika tidak kekuatan Islam akan hancur bercempera serta mudah dilumpuhkan oleh musuh.

Kita sentiasa di ambang kemenangan jika kita sudah bersedia dengan 3 kekuatan ini. Selamat berjuang!

sumber:http://nikabduh.wordpress.com/

Khamis, 16 Oktober 2008

peringatan penting buat diriku dan sahabat2

bismillahirrahmaanirrahim...

افمن اسس بنيانه على تقوى من الله ورضوان خير أم من أسس بنيانه على شفا جرف هار فانهار به فى نار
جهنم
"Manakah yang lbh baik orang yang mengasaskan binaannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanyya atau orang yang mengasaسkan binaan di tepi jurang yang hampir runtuh"

makna perkataan:
افمن اسس=permulaan
افمن اسس بنيانه على تقوى=isti'arah :Allah memberi perumpamaan keredhaan dan taqwa seperti tanah yang dijadikan tapak sesebuah bangunan.

Ayat ini merupakan sambungan kisah pembinaan masjid quba' masjid dirar yang dijelaskan pada ayat yang sebelumnya.Tetapi pada ayat ini Allah menjelaskan berkenaan hadaf atau objektif pembinaankedua-dua masjid ini.

Imam Ar-Razi menyatakan:Aku tidak melihat satu contoh pun yang terbaik menggambarkan kelakuan orang-orang munafiq melainkan contoh ini(pembinaan masjid dirar)
Kesimpulannya masjid yang pertama dibina di atas dasar taqwa dan keredhaan kepada Allah dan yang kedua di atas maksiat dan kufur.Masjid yang pertama adalah satu kemuliaan(masjid quba'),wajib dijaga,masjid yang kedua(dirar)wajib dimusnahkan

*Masyarakat yang hidup pada hari ini tidak lari dua prinsip ini,iaitu taqwa dan kufur.Kufur tersebut termasuk mereka yang beriman separuh dan ingkar separuh dari ajaran Allah(dalam keadaan mereka sedar dah tahu wajib melaksanakan hukum Allah).Jika mereka tidak faham tetapi tahu kehidupan ini mesti berlandaskan hukum Allah,maka wajib mereka berusaha untuk belajar.Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Seterusnya,jemaah yang ditubuhkan,walaupun mereka menzahirkan islam,tetapi atas dasar tidak puas hati dengan jemaah yang telah sedia ada,maka sebenarnya mereka menuju kehancuran.Kenapa sanggup menubuhkan jemaah lain sedangkan jemaah yang pertama berlandaskan Al-quran telah terbina.Ibaratkan rumah yang dibina sekian lama(25 tahun)pasti terdapat kebocoran,kerosakan dan perlu dibaiki.Namun jika kita terus robohkan rumah tersebut@tinggalkan saja,maka kita memerlukan kos yang tinggi,masa banyak dihabiskan, dan belum tentu sempurna.Jika kita sama-sama membaiki rumah yang ada kebocoran yang sedikit tadi pasti menjimatkan masa,duit dan sebagainya.Inilah lumrah kehidupan.

seterusnya,jika jemaah yang dibina untuk meruntuhkan islam@membantutkan perkembangan islam,maka wajib kita hancurkan!
Firman Allah swt:
وقل اعملوا فسيرى الله عملكم والمؤمنون وستردون الى عالم الغيب والشهادة فينبءكم بما كنتم تعملون

Khamis, 9 Oktober 2008

umur 3hari......

Rabu, 8 Oktober 2008

upload gambar putera sulong....

pandangan jauh

tidur weiii...........zzzzz
assalamualikum warahmatullah,salam perjuangan,salam ukhuwwah buat semua.Alhamdulillah pada hari ini Allah swt memberikan kekuatan kepada ana untuk menyambung kembali penulisan menerusi internet ini setelah sekian lama menyepikan diri atas beberapa sebab dan sedikit kesibukan.Ana tak perlu cerita lah sebab apa tak 'apdet'.Blog yg dulu pun http://tualahijau.blogspot.com hanyalah sekadar percubaan sahaja,sebab tu nama pun tak kisah mana.Bertepatan pada hari ini,umur putera kesanyangan kami(skali zaujah) berusia 22 jam,maka ana memilih tarikh dan hari ini untuk memulakan bicara secara bersungguh2 i.allah melalui alam maya.doakan kami sekeluarga moga thabat dan istiqamah di dalam menegakkan cahaya islam